16 Julai 2010

LAWATAN MESRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh: 15 Julai 2010
Hari: Khamis
Masa: 12 tengahari - 2.00 petang

Tempat: Pusat Anak PERMATA Negara Jeli, Kelantan



Lawatan Mesra ini diketuai oleh Tuan Haji Mustafa bin Sidi selaku Ketua Penolong Pengarah Sektor Sekolah Harian - PERMATA, Kementerian Pelajaran Malaysia selepas beliau dan rombongan selesai mendengar Taklimat Perbentangan Latar Belakang Pusat Anak Permata Jeli di Sekolah Kebangsaan Jeli (1).

Tujuan Lawatan ini adalah untuk melihat lebih dekat lagi perjalanan harian proses perlaksanaan asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara dalam usaha memantapkan lagi program PERMATA NEGARA yang telah dilaksanakan kini di Jeli Kelantan.

Sebagai makluman tambahan, Negeri Kelantan telah membuka 3 Pusat Anak Permata Negara di 3 buah daerah terpilih iaitu;

a) Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Mas (Pusat PERMATA Pertama di Kelantan)
b) Pusat Anak PERMATA Negara Jeli
c) Pusat Anak PERMATA Negara Felda Chiku, Gua Musang

Berikut adalah bingkisan fotografi yang dirakamkan sepanjang lawatan belian ke P.A.P.N Jeli, Kelantan.








Taklimat Dan Perbentangan Latar Belakang Pusat Anak PERMATA Negara Jeli

Tarikh: 15 Julai 2010
Hari: Khamis
Masa: 9.30 pagi - 11.45 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat S.K Jeli (1)


Pusat Anak Permata Negara Jeli telah diminta untuk menyampaikan Taklimat dan Perbentangan Latar Belakang Pusat Anak PERMATA Negara Jeli, Kelantan berikutan Program Lawatan Mesra Kementerian Pelajaran Malaysia ke P.A.P.N Jeli pada hari tersebut.

Puan Norazmiza binti Mohd Nawi selaku Ketua Penyelaras Pendidik Permata Jeli dan Cik Putrishatila binti Mahmud telah mewakili pihak Permata Jeli untuk menyampaikan taklimat pada pagi tersebut.

Berikut adalah sedikit bingkisan fotografi yang sempat dirakamkan ketika taklimat tersebut dijalankan,



Ucapan dari Tuan Haji Mustafa bin Sidi, Ketua Penolong Pengarah Sektor PERMATA, Kementerian Pelajaran Malaysia


Ucapan dari Tuan Haji Ab. Aziz bin Abdullah, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri, Kelantan




Puan Norazmiza binti Mohd Nawi, Ketua Penyelaras Pendidik P.A.P.N Jeli, Kelantan sedang membuat persediaan terakhir sebelum memberikan taklimat


Paparan slide pembentangan Taklimat Pusat Anak PERMATA Negara Jeli, Kelantan

Barisan Tetamu Utama
Dari kiri; Tuan Haji Mohd Syukri bin Hassan (Ketua Unit Pendidikan PraSekolah, JPN Kelantan ), Tuan Haji Ab Aziz bin Abdullah ( Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan ), Tuan Haji Mustafa bin Sidi ( Ketua Penolong Pengarah Sektor Sekolah Harian - PERMATA, KPM, Putrajaya )


Barisan jemputan yang menghadiri Taklimat P.A.P.N Jeli yang terdiri daripada wakil-wakil PPD dan wakil-wakil JPN setiap daerah di negeri Kelantan




Gambaran suasana di dalam Bilik Mesyuarat Utama Sekolah Kebangsaan Jeli ( 1 ) , Kelantan Darul Naim


Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh: 12 - 13 Julai 2010
Hari : Isnin dan Selasa

Pusat Anak PERMATA Negara Jeli, Kelantan telah menerima kunjungan Jemaah Nazir dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu seramai 3 orang Pegawai yang terdiri dari;-

1. Puan Roselina binti Che Mat
2. Puan Ruhaiza binti Isa
3. Tuan Haji Mohd Zarir bin Abdul Rahman

Tujuan Lawatan Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK, KPM) adalah untuk:

1. Proses dan Perlaksanaan Program PERMATA di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Taksiran Pengurusan dan Penjagaan Di P.A.P.N
3. Taksiran Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak (Asuhan dan Didikan) yang dilaksanakan di P.A.P.N
4. Taksiran tingkahlaku POSITIVE yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur kanak-kanak
5. Taksiran sejauhmana penglibatan ibubapa di P.A.P.N

Sehubungan dengan kunjungan Jemaah Nazir ini, banyak maklumat dan input telah pihak P.A.P.N perolehi dalam usaha untuk penambahbaikan serta memantapkan lagi proses perlaksanaan Program PERMATA di P.A.P.N Jeli.

Jutaan Terima Kasih pihak P.A.P.N Jeli ucapkan kepada pihak Jemaah Nazir diatas kunjungan anda ke Permata Jeli.

Aktiviti PERMATA: Tempat Tinggal Haiwan

Aktiviti: Mengenali Tempat Tinggal Haiwan Ternakan & Menampal Gambar Haiwan Ternakan Fokus Perkembangan: Bahasa Komunikasi & Literasi Awal serta Fizikal (Motor Halus)




Gambar Haiwan Ternakan serta tempat tinggal mereka iaitu:

1. Lembu - di padang rumput
2. Kambing - di dalam kandang
3. Ikan - di dalam kolam
4. Itik - di dalam kolam dan reban
5. Ayam - di dalam reban ayam

Aktiviti PERMATA: Haiwan Peliharaan Saya

Aktiviti: Mewarna dan Membuat Kolaj Arnab Menggunakan Kapas
Fokus Perkembangan: Kreativiti & Estetika serta Fizikal (Motor Halus)

ok anak-anak ku sayang...semua dah dapat gambar arnab masing-masing ke belom?

haa...semua dah siap warnakan gambar arnab kan...seterusnya, mari kita lekatkan kapas pula ea..


kapas lekat kat jari Syaaban lah cikgu..

cikgu, Qayyum dah siap tampal kapas pada gambar arnab Qayyum punya...