16 Julai 2010

Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh: 12 - 13 Julai 2010
Hari : Isnin dan Selasa

Pusat Anak PERMATA Negara Jeli, Kelantan telah menerima kunjungan Jemaah Nazir dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu seramai 3 orang Pegawai yang terdiri dari;-

1. Puan Roselina binti Che Mat
2. Puan Ruhaiza binti Isa
3. Tuan Haji Mohd Zarir bin Abdul Rahman

Tujuan Lawatan Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK, KPM) adalah untuk:

1. Proses dan Perlaksanaan Program PERMATA di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Taksiran Pengurusan dan Penjagaan Di P.A.P.N
3. Taksiran Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak (Asuhan dan Didikan) yang dilaksanakan di P.A.P.N
4. Taksiran tingkahlaku POSITIVE yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur kanak-kanak
5. Taksiran sejauhmana penglibatan ibubapa di P.A.P.N

Sehubungan dengan kunjungan Jemaah Nazir ini, banyak maklumat dan input telah pihak P.A.P.N perolehi dalam usaha untuk penambahbaikan serta memantapkan lagi proses perlaksanaan Program PERMATA di P.A.P.N Jeli.

Jutaan Terima Kasih pihak P.A.P.N Jeli ucapkan kepada pihak Jemaah Nazir diatas kunjungan anda ke Permata Jeli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan