16 Julai 2010

LAWATAN MESRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh: 15 Julai 2010
Hari: Khamis
Masa: 12 tengahari - 2.00 petang

Tempat: Pusat Anak PERMATA Negara Jeli, Kelantan



Lawatan Mesra ini diketuai oleh Tuan Haji Mustafa bin Sidi selaku Ketua Penolong Pengarah Sektor Sekolah Harian - PERMATA, Kementerian Pelajaran Malaysia selepas beliau dan rombongan selesai mendengar Taklimat Perbentangan Latar Belakang Pusat Anak Permata Jeli di Sekolah Kebangsaan Jeli (1).

Tujuan Lawatan ini adalah untuk melihat lebih dekat lagi perjalanan harian proses perlaksanaan asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara dalam usaha memantapkan lagi program PERMATA NEGARA yang telah dilaksanakan kini di Jeli Kelantan.

Sebagai makluman tambahan, Negeri Kelantan telah membuka 3 Pusat Anak Permata Negara di 3 buah daerah terpilih iaitu;

a) Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Mas (Pusat PERMATA Pertama di Kelantan)
b) Pusat Anak PERMATA Negara Jeli
c) Pusat Anak PERMATA Negara Felda Chiku, Gua Musang

Berikut adalah bingkisan fotografi yang dirakamkan sepanjang lawatan belian ke P.A.P.N Jeli, Kelantan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan