28 Oktober 2012

Majlis Hari Raya Korban 2012

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi) 


Pada 28 Oktober 2012, PAPN Jeli,Kelantan telah mengadakan Majlis Hari Raya  Korban bagi tahun 2012, jom kita pakat tengok gambar Majlis tersebut....


                       
 Lembu sumbangan daripada Dato' Pa kepada PAPN Jeli,Kelantan

 Kaum bapa sedang bergotong- royong untuk menyembelih lembu korban

 Anak-anak Permata Jeli yang tidak mahu ketinggalan menarik lembu yang telah disembelih untuk dibawa ke tempat yang sesuai bagi tujuan melapah daging lembu


Kaum ibu bapa sedang sibuk memotong daging lembu untuk diagihkan kepada semua
 warga PAPN Jeli

Daging Korban yang telah siap dibungkus dan sedia dibahagikan kepada warga PAPN Jeli,Kelantan...

"Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis hari raya korban ini....semoga majlis hari raya korban yang dijalankan ini mendapat keredhaan dariNYA....... Ameen....."

14 Mei 2012

Majlis Perasmian PAPN Jeli




Datuk Atikah,Datin Radziah dan Puan Mahanom sedang beramah mesra bersama ibubapa yang hadir membuat persiapan terakhir untuk majlis Perasmian tersebut.


Para tetamu dengan penuh semangat dan ceria menyambut ketibaan YABhg.Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor untuk merasmikan Pusat Anak Permata Negara Jeli,Kelantan.


 
Anak-anak Permata dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu NegaraKu dan lagu Permata dihadapan para tetamu yang hadir.
 
 


 


Pertandingan masakan dan gubahan telah dipertandingkan oleh warga jeli

 Pameran dan pemeriksaan kesihatan telah disediakan secara percuma kepada tetamu yang hadir.




 Pelbagai aktiviti yang menarik  telah dijalankan semasa program tersebut oleh anak-anak Permata.



YABhg.Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor menandatangani Buku Pelawat sempena Majlis Perasmian PAPN Jeli.

Para  Tetamu dan Ibubapa memenuhi laman utama PAPN untuk berinterksi dengan YABhg. Datin Seri Rosmah binti Mansor dengan lebih dekat.


  

21 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul

17 Februari bersamaan dengan 24 Rabiulawal 1433 H










Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .”
( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Majlis dimulakan dengan doa selamat dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.




Ibu-ibu bersama anak-anak permata juga turut serta berselawat ....




Majlis diserikan lagi dengan pemberian bunga rampai kepada ibu bapa dan tetamu yang lain







Selesai Selawat Ibu Bapa menjamu selera di permata.




menu yang di sediakan pada majlis tersebut ialah:
1) nasi gomok
- ayam masak kurma
- acar timun
- sambal
2) kuih muih yang pelbagai






"JADIKAN DIRI RASULULLAAH SEBAGAI ROLE MODEL/CONTOH IKUTAN DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN"..

29 Januari 2012

Solat Hajat & Gotong Royong 2012







1. Bihun
2. Mee Goreng
3. Kuih muih pelbagai jenis


Aktiviti gotong royong bermula selepas selesai menjamu selera....

Emmm...sedapnye....jangan malu-malu untuk menambah makanan...
Banyak lagi tu...

Tingginya naik....apapun hati-hati ye....

Semangat betul kaum ibu membasuh katil....terima kasih



Setelah selesai menjamu selera, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk bergotong-royong...


Alhamdulillah...selesai sudah majlis solat hajat dan gotong-royong sepertimana yang dirancang. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa Permata Jeli...Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya...