28 Februari 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Pada hari Jumaat 18/2/2011 satu majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Pusat Anak Permata Negara Jeli. Sempena menyambut hari maulidur rasul tersebut, perarakan dari Pusat Anak Permata Negara Jeli ke Balai Bomba Daerah Jeli telah diadakan.

Selain itu, bersempena dengan tema bulanan iaitu Keluarga Saya satu ceramah yang bertajuk 'Keluarga Bahagia' telah disampaikan oleh tuan imam Abdul Halim ( imam Masjid Jeli). Disamping itu, majlis turut diserikan lagi dengan pertandingan kuiz yang berkisarkan tentang sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar dengan KehendakNYA.

Berikut foto-foto sepanjang majlis Sambutan Maulidur Rasul berjalan.

Perarakan Maulidur Rasul dari Pusat Anak Permata Negara Jeli ke Balai Bomba Daerah Jeli

Aksi ibu bapa semasa pertandingan kuiz

Tuan imam Abdul Halim sedang menyampaikan ceramah

Ibu bapa sedang menjamu selera

Wajah-wajah warga kerja Permata Jeli yang bertungkus lumus menjayakan majlis Sambutan Maulidur Rasul


03 Februari 2011

PIBP Program: MAJLIS PERPISAHAN CIKGU PUTRI d'PERMATA JELI

MAJLIS PERPISAHAN BUAT CIKGU PUTRISHATILA
31.1.2011 / ISNIN / 4.00 - 6.00 PTG
@ PERMATA NEGARA JELI, KELANTAN

salam perpisahan buat Cikgu Puteri dari Kami Persatuan Ibu Bapa & Pendidik PAPN Jeli,
semoga Cikgu Putri berjaya dalam menjalankan Misi & Harapan PERMATA Negara di Teluk Intan Perak sebagai Lokasi seterusnya dalam merealisasikan matlamat Permata Negara,
Jasa dan Pengorbanan Cikgu sepanjang bersama kami di Jeli amat lah kami hargai dan ingati sentiasa, cikgu dekat dihati kami selamanya...

Cikgu, Jangan lupa datang Jeli lagi ya...

SELAMAT MAJU JAYA CIKGU PUTRI...
SELAMAT BERTUGAS DI PERMATA NEGARA TELUK INTAN, PERAK...









02 Februari 2011

PIBP Program: Majlis Solat Hajat, Gotong Royong & HI-TEA PERMATA Jeli 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT, GOTONG ROYONG & HI-TEA PERMATA JELI 2011
21 JANUARI 2011 / 8.00 - 12.00 tngh
PERMATA NEGARA JELI, KELANTAN

bingkisan sepanjang program berlangsung...


Majlis Solat Hajat Awal Persekolahan PERMATA Jeli 2011...

berkumpul dahalu sambil mendengar taklimat sebelum mula gotong royong...

anak Permata juga tak lepas sama-sama bergotong royong bersihkan Coat mereka tidur...

para ibu dan bapa permata negara sedang bersihkan tempat tido anak-anak mereka...

Menu makanan yang disediakan oleh ibubapa permata jeli untuk Hi-Tea kali ni...


KELAS KANAK-KANAK TAHUN 2011

WAJAH-WAJAH ANAK PERMATA NEGARA JELI TAHUN 2011


KELAS 1 - 2 TAHUN

Dari Kiri: Cikgu Hajar, Mohd Faris Hilmi, Muhd Hamizul Haika & Cikgu Puteri
Tiada dalam gambar: Muhd. Faizal Hakimi & Alesya Maisarah

KELAS 3 - 4 TAHUN


KELAS 2 - 3 TAHUN


ORGANISASI BARU PAPN JELI 2011

CARTA ORGANISASI
WARGA KERJA PUSAT ANAK PERMATA NEGARA JELI, KELANTAN
TAHUN 2011

TENAGA PENDIDIK: 5 ORANG sehingga Januari 2011, Terkini hanya tinggal 4 orang sahaja
PEMBANTU PENDIDIK: 2 orang

Berdiri dari Kiri: Cikgu Norsarinah binti Muhamad Nor & Cikgu Hasbi binti Hussin
Duduk Dari Kiri: PPM Puan Norazlina binti Rosdi, Cikgu Norazmiza binti Mohd Nawi (Ketua Pendidik),
PPM Cik Nur Ain binti Harun & Cikgu Siti Haja binti Yusoff