28 Februari 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Pada hari Jumaat 18/2/2011 satu majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Pusat Anak Permata Negara Jeli. Sempena menyambut hari maulidur rasul tersebut, perarakan dari Pusat Anak Permata Negara Jeli ke Balai Bomba Daerah Jeli telah diadakan.

Selain itu, bersempena dengan tema bulanan iaitu Keluarga Saya satu ceramah yang bertajuk 'Keluarga Bahagia' telah disampaikan oleh tuan imam Abdul Halim ( imam Masjid Jeli). Disamping itu, majlis turut diserikan lagi dengan pertandingan kuiz yang berkisarkan tentang sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar dengan KehendakNYA.

Berikut foto-foto sepanjang majlis Sambutan Maulidur Rasul berjalan.

Perarakan Maulidur Rasul dari Pusat Anak Permata Negara Jeli ke Balai Bomba Daerah Jeli

Aksi ibu bapa semasa pertandingan kuiz

Tuan imam Abdul Halim sedang menyampaikan ceramah

Ibu bapa sedang menjamu selera

Wajah-wajah warga kerja Permata Jeli yang bertungkus lumus menjayakan majlis Sambutan Maulidur Rasul


Tiada ulasan:

Catat Ulasan