17 Januari 2011

Lawatan: Isteri Ahli Parlimen Jeli ke PAPN Jeli

Lawatan Tinjauan Oleh Isteri Ahli Parlimen Jeli, Dato'Seri Mustapha Mohamed
Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah
ke
P.A.P.N Jeli, Kelantan
pada
16 Januari 2011 / Ahad / 3.00 petang

Datin Seri datang bersama rombongannya yang terdiri daripada Bekas Setiausaha Sulit Dato'Pa juga merupakan Naib Yang DiPertua PIBP PAPN Jeli 2011, Encik Mat Abu bin Hamat; Ketua Puteri Bahagian Puan Norwahida Patuan dan Ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian serta Pergerakan PUTERI UMNO Bahagian

Ketika rombongan beliau sampai, saat dan ketika itu merupakan masa rehat dan tidur kanak-kanak PERMATA PAPN Jeli. Beliau sangat teruja dengan keadaan kanak-kanak tidur pelbagai posisi dan gaya. Beliau juga sangat berbangga dengan kemampuan para pendidik dan pembantu PAPN Jeli dalam usaha merealisasikan Hasrat Murni Wanita PERTAMA Malaysia, iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mewujudkan PERMATA Negara.

Berikut merupakan bingkisan semasa Lawatan Tinjauan beliau ke PAPN Jeli...

Bergambar kenangan bersama Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah

Adik Nur Izzah Farahiyah sedang bersalaman dengan Dati Seri


Adik Siti Nur Iffah Maziah sedang menyatakan sesuatu kepada Datin Seri

Adik Akif Fathullah dan Adik Nur Izzah Farahiyah sedang bermesra dengan Datin Seri

Datin Seri sedang menanyakan sesuatu kepada Adik Muhammad Zulkhairy

Adik Nur Dharwina baru bangun tidur, adik Nur Balqis dah siap pakai bedak dah masa datin seri sampai...hehehhehehe

Datin Seri sedang berbual dengan Adik Raja Mohd Farhin dan Adik Nur Izzah Farahiyah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan