17 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak


salam ramadhan al-mubarak



Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)



Semua umat islam amat menantikan bulan yang penuh barokah ini
begitu juga di PAPN, Jeli..
bulan ramadhan disambut dengan meriah ketika majlis berbuka puasa diadakan 12 ogos lalu..
semua ibubapa dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa pada tahun ini.


Menu :
1. Sup daging
2. Ayam Masak Kicap
3. Ikan Talapia Bakar
4. Kerabu Pucuk Paku
5. Masak Lemak Rebung
6. Solok Lada

pemanis mulut:
1. Tembikai
2. Kuih Buah Melaka
3. Pelbagai jenis Agar-agar
4. Pisang
5. Rambutan
6. Buah Kurma

Para ibu sibuk menyiapkan makanan berbuka di dapur





Manakala para bapa pula membuat persiapan tempat berbuka di luar PAPN
dengan membentangkan tikar



Banyak makanan disediakan hasil kerjasama semua ibubapa dan para pendidik







Tidak lama lagi azan akan berkumandang
persiapan berbuka di susun rapi
dengan pelbagai juadah berbuka puasa
yang sungguh lazat dan menyelerakan





selepas selesai menjamu selera
semua ibupaba menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih bersama-sama



Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.