Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan lupa hari kemerdekaan kita...
pelbagai aktiviti yang kami adakan...
1. Persembahan Ibu Bapa
::Sajak sempena hari kemerdekaan::
::pantun lebaran::
::lagu Patriotik::
::syair merdeka raya::
2. Pertandingan menghias juadah.
Setelah persembahan ibu bapa selesai, tibalah masanya untuk menjamu selera...
Menu hidangan pada majlis sambutan raya merdeka adalah seperti berikut:
1. satay + nasi himpit
2. Mee Kari
3. Lemang, ketupat & rendang
4. kuih-muih, kek, biskut raya & puding
5. pelbagai minuman, tembikai merah & kuning
Acara terakhir adalah sambutan hari lahir anak-anak permata jeli yang lahir
pada bulan 7, 8 dan 9.
Pendidik Permata mengagihkan duit raya kepada anak-anak permata dan kanak-kanak lain yang turut serta memeriahkan majlis sambutan hari raya merdeka.