26 September 2011

::...Merdeka diHargai, Syawal diRai....::




Sudah tiba Hari Raya,

Setelah kita sebulan berpuasa,

Hari Raya di sambut gembira,

Jangan lupa hari kemerdekaan kita...


:::ketibaan ibubapa dan anak-anak permata Jeli:::


pelbagai aktiviti yang kami adakan...

1. Persembahan Ibu Bapa

::Sajak sempena hari kemerdekaan::

::pantun lebaran::

::lagu Patriotik::

::syair merdeka raya::

2. Pertandingan menghias juadah.


Setelah persembahan ibu bapa selesai, tibalah masanya untuk menjamu selera...


Menu hidangan pada majlis sambutan raya merdeka adalah seperti berikut:

1. satay + nasi himpit

2. Mee Kari

3. Lemang, ketupat & rendang

4. kuih-muih, kek, biskut raya & puding

5. pelbagai minuman, tembikai merah & kuning


Acara terakhir adalah sambutan hari lahir anak-anak permata jeli yang lahir

pada bulan 7, 8 dan 9.

Pendidik Permata mengagihkan duit raya kepada anak-anak permata dan kanak-kanak lain yang turut serta memeriahkan majlis sambutan hari raya merdeka.



Lalu Nabi saw bersabda,“Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).







17 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak


salam ramadhan al-mubarak



Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)



Semua umat islam amat menantikan bulan yang penuh barokah ini
begitu juga di PAPN, Jeli..
bulan ramadhan disambut dengan meriah ketika majlis berbuka puasa diadakan 12 ogos lalu..
semua ibubapa dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis berbuka puasa pada tahun ini.


Menu :
1. Sup daging
2. Ayam Masak Kicap
3. Ikan Talapia Bakar
4. Kerabu Pucuk Paku
5. Masak Lemak Rebung
6. Solok Lada

pemanis mulut:
1. Tembikai
2. Kuih Buah Melaka
3. Pelbagai jenis Agar-agar
4. Pisang
5. Rambutan
6. Buah Kurma

Para ibu sibuk menyiapkan makanan berbuka di dapur





Manakala para bapa pula membuat persiapan tempat berbuka di luar PAPN
dengan membentangkan tikar



Banyak makanan disediakan hasil kerjasama semua ibubapa dan para pendidik







Tidak lama lagi azan akan berkumandang
persiapan berbuka di susun rapi
dengan pelbagai juadah berbuka puasa
yang sungguh lazat dan menyelerakan





selepas selesai menjamu selera
semua ibupaba menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih bersama-sama



Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

02 Julai 2011

Hari Keluarga Permata Jeli...

Pada 24-25 Jun 2011, Pusat Anak PERMATA Negara Jeli, Kelantan telah mengadakan Hari Keluarga di Permai Beach Resort, Bachok, Kelantan... Jom mari la kito pakak tengok gapo hok berlaku denu...

Y. Bhg. Datin Kamarzan turun padang memeriahkan hari keluarga Permata Jeli...

Acara Bola Sepak Pantai:- Kaum bapa pakai kain batik kaum ibu main bola...

Acara Teropah Gergasi :- Cepat- cepat kak...

Nyum...nyum...sedapnye ayam bakar...


Senaman untuk gaya hidup yang lebih sihat...

Kutip sayang...kutip... siapa cepat dapat hadiah...

Cepat sayang...cepat...penuhkan botol tu...


Terima Kasih En.Mat Abu...



08 Mei 2011

Majlis Bersukaria Keluarga PAPN JELI

Pada hari Jumaat 29/04/2011 satu Majlis bersukaria Keluarga PAPN Jeli telah diadakan di Pusat Anak Permata Negara Jeli bersempena dengan Tema Deria. Warga Pendidik, ibu bapa dan anak-anak PERMATA turut menyertai aktiviti yang dijalankan.Pelbagai aktiviti menarik seperti Keluarga Ku Ceria dan Jom makan…aktiviti tersebut amat menceriakan dan menggembirakan semua yang terlibat. Jom mai kita pakat tengok...


Sampai terlentok dibuatnya menunggu... apa la agaknya aktiviti yang
akan dilakukan.....

Ibu bapa dan anak-anak PERMATA bersama-sama menyanyi dan membuat gaya mengikut irama lagu yang dimainkan

Tengok tu…macam-macam aksi yang digayakan.

Buat ape ni...jet-jet semut ke


Tengah buat ape tu...cam seronok je


Aktiviti Jom Kita Makan : Romantiknya pasangan ni...macam tu la..


Makan kenyang-kenyang ye...nak tambah ada lagi tu...


Nyum..nyum..sedapnye nasi ayam...


Nie la wajah-wajah warga kerja Pusat Anak PERMATA JELI yang
bertungkus lumus menjayakan Majlis bersukaria Keluarga PAPN
Jeli...Comel- Comel je kan...he..he...

Alhamdulillah...berjaya juga akhirnya aktiviti ini dijalankan....lain kali
kita buat lagi yer...best sangat-sangat...